Thursday, January 31, 2013

TTC : Sperm Count

Sepatutnya jam 8AM hari ni Wan kena hantar sample sperm dia ke PPUM.
Mulanya tiada masalah tapi last 2 days Wan bagitau dia tak nak.
Kawan yang ni kata tak payah..
Kawan yang tu lepas 8 tahun baru dapat anak..
Hurm, macam kawan saya kata "Susah kalau laki yang suka dengar cakap kawan-kawan ni"
Iye, saya yakin dengan takdir dan ketentuan Allah.
100% yakin.
Tapi saya pun yakin kita kena doa,usaha dan tawakal!
Bukan saya kata dengan sperm count tu saya boleh hamil, tapi kan salah satu cabang usaha,.
Macam minum air penawar yang Pok Li buat, pergi bekam,minum lemon setiap pagi, zikir,.. semua tu kan usaha.
 
Tapi dah dia tak nak sumbangkan sperm dia, apa sangatlah yang saya boleh buat.
Tak kan nak hantar sperm En. Apa-apa Ntah, kan..
Soalannya sapa yang sumbangkan?
Tapi saya akan pergi juga appoinment untuk clinic fertility 7hb nanti.
 
Dalam masa yang sama saya nak try berurut,
Dengan Kak Ana,Jiran Kak Ngah di Taman Segar, Cheras.
Harap-harap berkesan.
 
TQ Google :)

No comments: